Amal Till Jannah (ATJ) menjalankan pelbagai projek kebajikan dan amal jariah sepanjang tahun — dari dalam negara hingga ke Tanah Haram.
Setiap program dijalankan berdasarkan keperluan semasa dan hasil sumbangan penyumbang yang dermawan.
Berikut antara kempen utama kami:
Waqaf Telaga Air
Menyediakan sumber air bersih kepada kampung pedalaman dan komuniti luar negara.
Waqaf Al-Quran
Mewakafkan naskhah Al-Quran ke madrasah, surau dan pusat tahfiz.
Sedekah Jumaat
Sumbangan mingguan bagi keperluan asnaf & agihan makanan Jumaat.
Tahlil Anak Tahfiz
Program doa & tahlil oleh pelajar tahfiz untuk penyumbang dan ahli keluarga.
Infaq Tanah Haram
Sumbangan makanan dan minuman di Masjidil Haram & Masjid Nabawi.
Bantuan Keluarga Asnaf
Agihan bulanan barangan asas kepada keluarga susah & ibu tunggal.
Tajaan Umrah
Memberi peluang menunaikan umrah kepada asnaf, warga emas dan guru agama.
Projek Ramadan
Pek iftar, juadah sahur, waqaf kurma & pakaian raya untuk asnaf dan anak yatim.
Setiap projek dilaksanakan bersama rakan lapangan dan sukarelawan ATJ dengan laporan bergambar selepas setiap agihan.